pada suatu pagi yang hening
disaat semua sedang sibuk
mengemas ruangan kelas
mengatur kedudukan kerusi dan meja
aku terpandang susuk tubuh itu
seperti terpinga-pinga
mencari sesuatu
aku terus melakukan langkah pertama
mulut ini menyapa dirinya
aku sedar bahawa takdir
telah menemukan kau dan aku
teman,
walau perkenalan kita hanya sekejap cuma
namun aku bahagia
saat kau berada di sisi
teman,
perkenalan yang singkat antara kita
telah mengubah persepsiku padamu
ku pikir engkau seorang yang pendiam
namun ku silap
tali persahabatan yang terjalin selama ini
telah menyaksikan episod
suka dan duka kita bersama
walau sedikit cuma
namun masih dapat ku tontoni semula
hari berganti hari
bulan berganti bulan
tahun berganti tahun
kita semakin sibuk mengejar cita-cita
yang pernah kita janjikan
namun kesibukan itu tidak pernah
mengganggu mahupun cuba
merungkaikan ukhwah yang terjalin
namun
akibat terlalu leka dengan duniawi
kita seolah-olah semakin jauh
aku mulai sedari bahawa
kita tidak sehaluan lagi
engkau ke kiri, aku ke kanan
akibat tidak ingin menimbulkan
syak antara kita
dan dosa semakin menggunung
mungkin ini yang terbaik untuk kita
pada saat dan detik itu juga
kita tersenyum dan terpaksa
menyedarkan diri sendiri bahawa
hubungan kita bukan seperti dahulu
aku mulai sedar bahawa
takdir juga yang memisahkan kita
teman,
terima kasih kerana engkau
sudi melakarkan memori terindah
dalam hatiku bersamamu
maafkan diri ini andainya
aku tidak seperti yang kau inginkan
jika kita mungkin bertemu lagi
suatu hari nanti
aku berharap kasih kau
masih ada untukku
walau secebis cuma
#terima kasih atas segalanya Liakau sahabat, kau teman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan